AmanSalina's FotoPage

By: Norbaini Abas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jul-2008 22:10 Email | Share | Bookmark
Projek masak yang dah jadi sejarah...

Dah banyak kali buat ayam rosemary... dok jengah fp kawan2 ramai yg dah cuba resepi ni... den pun buatlaa...dah buat sekali memang mencapai spesifikasi tekak.... lepas tu buat sokmo laaa.... siap promosi kat kawan...suruh cuba ... la ni en rahman pun dah pandai beli ayam potong 4... tak perlu buat banyak2... bahan2 perap tu pun den buat byk2...simpan dalam peti ais... bila2 pun bleh buat... bagi menambahkan kemeriahan sesi makan nasi... den gi beli plak sos nandos.. extra hot peri-peri lagi...



Ni resepi asal... copypaste dr inasaly.... kes malas nak taip.... gambo ayam den tu sebenarnya siri yang berbeza,,, tu yang ekseseri tak sama... lagi satu.. gambo bawah tu... rosemary kasar2 sebab den tumbuk... tak lut rasanya... yg kat atas tu plak... den dah bijak skit.... den blender kering ngan lada itam..bab menjahit perut ayam tu... jgn ler kome ngikut... mcm ganas bebenor ghopernya..hahaha


LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil (minyak masak biase pun bleh)
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam (den taruk lebih skit.. kasi berapi lagi)
2 biji kentang dibelah 2 (den suke taruk byk skit)
2 biji tomato
Baby carrots (keret beso pun ok)
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika (den tak taruk...dah taruk lada itam byk skit)
Kicap Pekat (den guna kicap manis jer...)
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:


1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.( kalau nak kompem empuk..bleh rebus lama skit)
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean.




ni plak belasah jer buat makaroni goreng... bhn2nya senang bangat... den taruk sardin jer... main campak2... keret ciskek plak...den saje buat... bawak gi opis...lupa nak tangkap gambo...member tngh mkn baru teringat... tu yg posing dalam tepawer tuu... ni resepi saya terpikat selepas tgk kat fp kak nina http://babybatriesyia.fotopages.com/ antara yg peberet la ni... gerenti jadi punyer ...

CARROT CHEESE CAKE

Bahan A
125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B
230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C
50 gm parutan lobak merah - perah buang airnya
1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya :
Panaskan suhu pada 170'C.
Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila.
Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.




agar2 atau puding ni plak tergoda dari fp kak rinn...(agar-agar sirap longan) tp telah diolah mengikut keadaan dan menjadi puding laici biru ...kuangkuangkuang... takpekan kak rinn... malas nak cari pewarna merah... sambar jer kale pepel...tp boh byk sgt..dah macam nila la plak...memang tek berseri.. tp boleh mkn tau..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net